Netmarble Corp hari ini mengumumkan permainan mudah alih The Seven Deadly Sins: Grand Cross akan dilancarkan secara global pada tahun ini selepas dikeluarkan di Jepun pada tahun lepas. Ia kini juga boleh di pra-daftar melalui App Store dan Google Play.
Pemain yang pra-daftar akan mendapat pelbagai ganjaran apabila ia dilancarkan kelak seperti;
- 1x watak Meliodas
- 1x kostum dan senjata untuk watak Meliodas
- 30 Diamonds
- 100,000 Gold
- Kotak ganjaran yang mengandungi pelbagai barangan di dalam permainan termasuk juga kostum untuk watak Elizabeth.
Melalui permainan ini, pemain akan mengikuti pengembaraan Meliodas ke dalam satu pengalaman penceritaan khusus untuk permainan mudah alih. Anda boleh membina pasukan tersendiri berdasarkan watak-watak yang diperoleh.
Anda boleh pra-daftar mengikut peranti pilihan melalui pautan di bawah.
[info]App Store: Pra-Daftar The Seven Deadly Sins: Grand Cross[/info] [info]Play Store: Pra-Daftar The Seven Deadly Sins: Grand Cross[/info]