Skip to main content

Seperti tahun-tahun yang lepas, Blizzard sekali lagi menganjurkan acara masa terhad bersempena Tahun Baharu Cina untuk Overwatch iaitu acara Lunar New Year. Ia bermula sekarang sehingga 6 Februari.

Video untuk acara ini boleh ditonton di atas dan Berikut adalah mod serta ganjaran yang disertakan;

Mod Baharu: CTF Blitz

  • Mod Capture the Flag kini diolah dengan meletakkan bendera dengan lebih dekat dan berbanding 3 tangkapan ia memerlukan 6 untuk menang.

Cabaran Mingguan

  • Pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dengan menyelesaikan cabaran mingguan iaitu;
    • Minggu 1: Moon Doomfist
    • Minggu 2: Ancient Bronze Winston
    • Minggu 3: Paper Cutting Wrecking Ball

Barangan Kosmetik Baharu:

  • 4 Kostum Legendary
    • Opera Brigitte
    • Face Changer Sombra
    • Mask Dance Moira
    • Samul Nori Lucio
  • 3 Kostum Epic
  • Icons, emote dan penyembur

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply