Skip to main content

Ketika acara Apple Event tahun lepas berkenaan pengumuman iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, Apple juga berkongsi satu permainan khas yang dibangunkan oleh Giant Games bakal tiba di peranti tersebut iaitu Pascal’s Wager yang mana kini, permainan tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Pascal’s Wager adalah permainan beraksi yang mana ianya menyertakan pelbagai visual grafik yang menawan yang menggunakan teknologi cip pemproses iPhone 11 dan iPad Pro secara optimum. Menurut pembangun, permainan ini masih lagi boleh dimainkan di peranti iPhone 6S ke atas dan akan masih mengekalkan visual grafik dan kawalan yang lancar.

Pascal’s Wager meletakkan pemain di bermain sebagai Terrence dalam dunia kegelapan yang mana pemain akan bertempur pelbagai jenis musuh raksasa dan gergasi. Melalui penceritaan awal permainan ini, dunia tersebut dilanda wabak penyakit dan Terrance percaya kehilangan isteri beliau adalah disebabkannya. Ini sekaligus, membuatkan pemain untuk mengembara mencari punca dan cuba menyelamatkan isteri beliau.

Selain itu, Giant Games juga menyatakan bahawa permainan ini juga akan tiba di peranti Android sekitar suku kedua tahun ini, bersama-sama dengan versi PC dan konsol pada masa akan datang. Giant Gmaes juga menjanjikan pelbagai kandungan penambahan juga akan dilancarkan pada masa akan datang, termasuklah kandungan penceritaan baharu dan mod pemain lawan pemain dan pemain lawan musuh secara multi-pemain.

Menariknya juga, bersempena dengan pelancaran permainan ini, Giant Games juga mengumumkan hadiah khas buat mereka yang membeli permainan ini sebelum 1 Mac, mereka akan sertakan kostum khas Heroic Herald buat watak Terrence, yang akan disertakan melalui kemaskini permainan menjelang bulan Februari ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini melalui App Store di bawah, dengan harga hanya RM29.90.

[info] Beli iOS: Pascal’s Wager [/info]

Leave a Reply