September lepas, Falcom dan NIS America melancarkan secara rasmi permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III di konsol PlayStation 4 dan kini, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut turut akan tiba di PC melalui Steam.
Menurut senarai rasmi di Steam, permainan tersebut akan dilancarkan pada 24 Mac 2020 ini yang mana seperti versi konsol, ianya juga akan disertakan pelbagai fungsi seperti fungsi mempercepatkan permainan, penyimpanan secara automatik dan juga peningkatan visual khas buat versi konsol dengan sokongan skrin ultra-lebar.
Versi ini juga akan sertakan suara latar bahasa Inggeris, sekaligus ia akan menyertai siri The Legend Of Heroes yang dilancarkan sebelum ini di Steam.
Bagi anda yang meminati permainan ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang Mac ini.