DLC penambahan buat permainan Kingdom Hearts 3 akhirnya akan dilancarkan secara rasmi minggu ini buat konsol PlayStation 4 yang mana ianya kini sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga bermula RM129.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, DLC ini akan dilancarkan dua versi di mana melalui versi Deluxe, Square-Enix akan sertakan video konsert khas Kingdom Heart “World Of Tres” Orchestra yang diadakan di Osaka, Jepun sebelum ini.

Bersempena dengan itu, Square-Enix kini berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan video konsert tersebut dengan lebih terperinci.

Seperti anda sedia maklum, video tersebut akan memaparkan konsert khas Kingdom Heart “World Of Tres” Orchestra yang mana ianya akan memainkan 19 jumlah muzik daripada siri Kingdom Hearts tersebut. Antara lagu diperlihatkan di atas adalah muzik dari dunia Frozen dan ketua musuh Xehanort di dalam permainan tersebut.

Untuk seluruh informasi lanjut berkenaan DLC ini, anda boleh ke pautan ini.

Kingdom Hearts 3 Re:Mind bakal tiba di konsol PlayStation 4 pada 23 Januari 2020 ini. Manakala bagi versi Xbox One, ianya bakal tiba pada 25 Februari 2020 kelak.

Sohor Kini