Tampaknya, minggu ini mungkin adalah satu minggu pengumuman penundaan permainan video di mana selain daripada Cyberpunk 2077, Marvel’s Avengers dan Final Fantasy VII Remake, permainan realiti-maya Marvel’s Iron Man VR juga ditunda dari Februari ke Mei tahun ini.

Menurut Camouflaj, iaitu pembangun permainan tersebut, mereka mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 ini, tas sebab mereka ingin membawa kualiti dan tahap prestasi permainan yang lebih tinggi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Marvel’s Iron Man VR merupakan permainan realiti-maya yang memfokuskan pemain untuk menjadi seorang adiwira Iron Man itu sendiri di mana pemain berupaya untuk terbang dan bertempur dengan pelbagai kelengkapan Iron Man. Memandangkan ia adalah permainan realiti-maya, semestinya permainan ini adalah eksklusif di konsol PlayStation 4 dan ia memerlukan PlayStation VR untuk dimainkan.

Bagi anda yang berminat, ianya kini sudah boleh dipra-tempah dengan harga bermula RM169 untuk edisi biasa dan RM209 untuk edisi Deluxe melalui PSN Store.

Sohor Kini