Mircosoft hari ini mengumumkan tiga lagi permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass for PC. Tiga permainan tersebut adalah Children of Morta, Gris dan A Plague Tale: Innocence.
Permainan-permainan ini akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi. Selain itu, Microsoft juga mengumumkan tawaran khas untuk anda yang tidak pernah melanggan, di mana anda boleh dapatkan 3 bulan langganan dengan harga $1(~RM4).
Xbox Game Pass for PC merupakan perkhidmatan langganan oleh Microsoft yang membolehkan pemain berpuluh permainan dengan bayaran bulanan. Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh baca 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.