Jika anda masih tidak menonton Avengers: Endgame, penulisan ini akan mempunyai beberan untuk filem tersebut.

Funko mengumumkan Figura Pop baharu untuk Iron Man dan kali ini ia adalah figura berdasarkan satu adegan yang sudah semestinya menjadi ingatan oleh ramai penonton Endgame.

Adegan “I am Iron Man” yang berlaku di pengakhiran filem Endgame menjadi satu adegan untuk mengakhiri Thanos. Figura ini juga adalah versi “glow in the dark”.

Ia kini boleh di pra-tempah melalui laman Entertainment Earth dengan harga $14.99 (~RM60) tetapi dengan jumlah yang terhad, jadi boleh kita jangkakan harga akan meningkat di pasaran kedua.

Sohor Kini