Skip to main content

CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Cyberpunk 2077 tidak akan dikeluarkan pada 16 April 2020 seperti diumumkan sebelum ini, sebaliknya akan tiba pada 17 September 2020.

Menurut mereka lagi, permainan tersebut sudah disiapkan dan boleh di-main, akan tetapi kerana kandungan serta dunia di dalam permainan yang besar, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk meningkatkan kualiti permainan.

Bagi kami, ia adalah satu pengumuman yang agak mengecewakan kerana Cyberpunk 2077 adalah permainan yang kami sangat nantikan. Namun, disebabkan April sudah penuh dengan permainan lain seperti Final Fantasy 7 Remake, ia mungkin adalah lebih baik ditunda.

Cybepunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply