Skip to main content

Bethesda hari ini mengumumkan pengembaraan Dark Heart of Skyrim untuk permainan MMORPG The Elder Scrolls Online. Ia mengandungi pelbagai kandungan yang akan dikeluarkan sepanjang tahun ini.

Pengembaraan tersebut akan bermula dengan DLC Harrowstorm yang akan bermula Februari ini, ia menyertakan dua gua baharu iaitu Icereach dan Unhallowed Grave. Penceritaan DLC ini akan membawa pemain ke bab Greymoor iaitu kandungan kedua untuk pengembaraan ini.

Bab Greymoor akan dikeluarkan pada bulan Mei untuk Xbox One dan PC serta Jun untuk PS4 dan mengandungi kawasan baharu iaitu Western Skyrim, penceritaan yang berkait dengan pengembaraan Dark Heart of Skyrim, sistem baharu: Antiquites, serta mod dan acara baharu.

Pengembaraan ini akan menerima dua lagi DLC iaitu pada bulan Ogos dan November 2020. DLC adalah percuma untuk pelanggan ESO Plus ataupun boleh dibeli di dalam permainan. Manakala Greymoor sudah boleh di pra-tempah melalui Bethesda ataupun Steam.

Leave a Reply