Metro Redux Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada Februari Ini

Pada awal bulan ini, Pegi telah menyenaraikan Metro Redux untuk Switch, dan hari ini Deep Silver akhirnya telah mengumumkan koleksi permainan tersebut akan tiba pada 28 Februari 2020 untuk konsol hibrid Nintendo.

Metro Redux merupakan koleksi permainan yang mengandungi permainan pertama untuk siri Metro iaitu Metro 2033 dan sambungannya Metro Last Light. Ia merupakan permainan menembak sudut pandangan pertama yang dibangunkan oleh 4A Games.

Deep Silver juga mengumumkan yang ia akan turut tiba secara fizikal dan kesemua permainan akan disertakan di dalam kartrij tanpa memerlukan muat turun tambahan.

Sohor Kini