Kotaku hari ini melaporkan Horizon Zero Dawn yang merupakan eksklusif untuk PlayStation 4 akan turut dikeluarkan di PC pada tahun ini. Ini boleh di katakan satu kejutan kerana ia dibangunkan oleh studio di bawah Sony Interactive Entertainment iaitu Guerilla Games.
Permainan ini dilancarkan pada tahun 2017 dan merupakan satu IP baharu oleh mereka. Ia mendapat ulasan yang sangat positif terutama untuk bentuk permainan dan juga pembinaan dunia.
Ini merupakan permainan pertama oleh Guerilla Games yang dikeluarkan untuk PC selepas dibeli oleh SIE. Horizon Zero Dawn akan mengikut jejak langkah Death Stranding untuk turut dikeluarkan di PC sebagai permainan yang menggunakan enjin Decima.
Bagi pemain di PC, ia adalah satu berita yang sangat baik. Bahkan, kami sendiri teringin untuk bermain permainan ini di platform yang lebih berkuasa.