Skip to main content

Melalui acara Super Smash Bros. Ultimate Direct yang berlangsung hari ini, Masahiro Sakurai iaitu pengarah permainan tersebut akhirnya mengumumkan watak DLC seterusnya di mana mereka akan membawa Byleth dari siri Fire Emblem: Tree Houses.

Melaluinya, mereka mengesahkan watak tersebut akan dilancarkan secara dua variasi iaitu wanita dan lelaki di mana ianya juga adalah sebahagian daripada bentuk permainan Fire Emblem.

Menurut beliau, watak ini akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari 2020 ini dan beliau adalah sebahagian daripada Fighter Pass musim pertama. Seperti biasa, anda juga boleh dapatkan watak ini secara berasingan.

Bagi anda yang ingin menonton seluruh penerangan watak Byleth anda boleh menontonnya di bawah.

Selain itu, Masahiro Sakurai juga berkongsi beberapa kostum baharu buat watak Mii Fighter seperti kostum Altair dari Assassin’s Creed, Rabbids dari siri Rabbids, Mega Man X dan Mega Man EXE dari siri Mega Man dan juga Cuphead.

Menariknya buat mereka yang membeli kostum Cuphead, Nintendo juga akan sertakan muzik khas berdasarkan eprmainan tersebut. Kesemua kostum ini boleh dibeli menjelang 28 Januari 2020 ini.

Pada penghujung acara Direct tersebut, Masahiro Sakurai juga mengacahkan bahawa mereka akan terus membawa pelbagai lagi watak DLC buat permainan ini yang mana setakat ini, mereka mengesahkan akan terdapat 6 lagi watak yang bakal tiba.

Menurut beliau, 6 watak tersebut akan dilancarkan sebagai Fighter Pass musim kedua ataupun bahagian kedua yang mana ianya boleh dibeli secara berasingan. Dari segi senarai watak tersebut, mereka masih belum mengumumkannya dan menurut beliau, kandungan watak telah pun disahkan dan ia akan diumumkan kemudian.

Nintendo juga mengesahkan kostum Mii Fighter khas berdasarkan kelengkapan Ancient Soldier dari The Legend Of Zelda: Breath of The Wild akan disertakan buat pemain yang membuat pembelian Figther Pass bahagian kedua tersebut.

Selain daripada pengumuman watak Super Smash Bros. Ultimate, Sakurai juga memperlihatkan dua figura Amiibo baharu iatiu Ricter dan Dark Samus akan tiba 17 Januari 2020 ini.

Super Smash Bros. Ultimate telah pun dilancarkan di Switch.

Leave a Reply