Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League – Acara Khas Sempena Tahun Baru Cina Diumumkan Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Rocket League – Acara Khas Sempena Tahun Baru Cina Diumumkan Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Rocket League semestinya salah satu permainan yang sering menyertakan pelbagai kandungan permainan berdasarkan musim perayaan seperti krismas dan sebagainya.

Terkini, bersempena dengna tahun baru Cina yang bakal berlangsung bulan ini, mereka mengumumkan satu acara khas sempena perayaan tersebut dengan acara “Lucky Lanterns” yang mana ia akan sertakan pelbagai kandungan tambahan.

Melalui acara ini, pemain boleh dapatkan pelbagai perhiasan khas bertemakan tahun baru Cina. Pada masa yang sama, Psyonix juga menyertakan arena baharu untuk pemain main iaitu Forbidden Temple yang mana ia menyertakan pelbagai bentuk dan rekaan ikonik perayaan tersebut.

Menariknya, pemain juga boleh dapatkan pelbagai perhiasan seperti tanglung dan juga naga kecil yang mana pasti memberi kesan permainan kosmetik yang sangat menarik dan menyerlah.

Acara ini akan berlangsung bermula 21 Januari 2020 ini jam 2 pagi sehingga 11 Februari 2020 jam 2 pagi di semua platform permainan tersebut.

Rocket League telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN