Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Devespresso Games akan melancarkan permainan seram seterusnya buat siri The Coma, iaitu The Coma 2: Vicious Sisters di PC melalui Steam.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi permainan tersebut di mana ia bakal tiba pada 28 Januari 2020 ini. Buat masa ini, permainan ini telah pun dilancarkan di Steam sebagai permainan akses awal.

Bagi anda yang baru dengan siri The Coma, ianya adalah permainan pengembaraan seram yang memfokuskan remaja di sekolah di mana mereka perlu bertahan hidup daripada diserang ataupun ditangkap oleh pembunuh Dark Song bermisteri yang akan mengejar mereka.

Melalui sekuel permainan ini, Devespresso Games menyatakan bahawa mereka menyertakan pelbagai bentuk baharu termasuklah kecerdasan buatan baharu buat watak Dark Song dan juga lokasi baharu.

Sebelum ini, Digerati dan Devespresso Games juga umum bahawa permainan ini akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Namun dari segi informasi lanjut berkenannya, ia masih belum diumumkan.

Jadi bagi anda yang berminat dengan permainan ini, ianya boleh didapatkan di Steam sekarang sebagai permainan akses awal dan pelancaran penuh pula menjelang hujung bulan ini.

Leave a Reply