Skip to main content

Activision dan Infinity Ward hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melanjutkan musim pertama Battle Pass buat permainan Call Of Duty: Modern Warfare sehingga 12 Februari 2020 ini.

Menurut mereka, sepanjang minggu akan datang, mereka akan sertakan pelbagai kandungan dan cabaran baharu buat pemain bersama-sama dengan senjata busur silang, mod permainan baharu dan pelbagai lagi. Mereka juga menjanjikan pelbagai pernaik-tarafan XP dan senjata XP akan disertakan buat mereka yang melanggan Battle Pass untuk mempercepatkan lagi pemain untuk tamatkan ganjaran berperingkat buat Battle Pass tersebut.

Sekaligus untuk memastikan pemain boleh terus bermain, mereka mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh tamatnya musim pertama Battle Pass tersebut. Dengan ini, mereka juga berharap agar pemain akan nantikan musim kedua Battle Pass, yang akan diumumkan kemudian.

Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulasnya di mana anda boleh membaca lebih lanjut di bawah.

Leave a Reply