Setelah tamatnya kandungan “Neon Circus” buat permainan perlumbaan Crash Team Racing Nitro-Fueled, hari ini Activision mengumumkan kandungan seterusnya kini tiba buat permainan tersebut bermula hari ini sehingga 16 Februari kelak.
Kandungan baharu ini merupakan kandungan ke-7 yang dilancarkan secara percuma baut permainan tersebut dan kali ini ianya memfokuskan perlumbaan di dalam dunia pasca-apokaliptik dengan nama Rustland Grand Prix.
Seperti biasa, melalui kandungan ini, Activision bukan sahaja menyertakan pelbagai watak baharu yang pemain boleh dapatkan, malah litar baharu untuk pemain berlumba dengan pelbagai kart dan barangna yang pemain boleh dapatkan melalui ganjarannya.
Seperti anda lihat di imej di atas, berikut adalah kandungan-kandungan dan senarai penuh bersama cabaran yang disertakan melalui kandungan ini dan buat anda yang menyukai tema pasca-apokaliptik seakan Mad Max, semestinya kandungan perlumbaan ini adalah untuk anda.
Dengan pelancaran kandungan secara percuma, permainan Crash Team Racing Nitro-Fueled semestinya layak untuk diterima sebagai permainan sukan dan perlumbaan terbaik di acara The Game Awards 2019 lepas yang mana sokongan Activision dan pembangun Beenox, pasti akan membuahkan ramai pemain akan terus bermain permainan ini.
Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.