Skip to main content

Ninja, iaitu penstrim yang terkenal dengan permainan Fortnite hari ini mengumumkan bahawa beliau kini bekerjasama bersama Epic Games dengan melancarkan kostum khas berdasarkan diri sendiri.

Menurut Ninja, kostum tersebut boleh didapatkan pada hari Jumaat ini jam 8 pagi waktu tempatan melalui kedai di dalam permainan tersebut. Namun, kostum ini adalah terhad dan ianya dijual sehingga 20 Januari 2020 pada jam 9 pagi sahaja.

Menurut beliau juga, kostum tersebut semestinya menyerupai beliau yang mana ia mempunyai rambut berwarna biru dengan jaket biru bersama seluar hitam. Menariknya, kostum ini juga akan menyertakan beberapa variasi lain seperti pedang katana di belakang dan topeng muka yang boleh dibuka.

Bagi anda yang ingin melihat kostum tersebut beraksi, anda boleh menonton penstriman Ninja sekarang di Mixer.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, kelihatan kostum ini juga adalah sebahagian daripada siri “ICON” yang Epic Games juga berkongsi mereka akan membawa dua lagi kolaborasi khas bersama Loserfruit dan TheGrefg pada masa akan datang.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.

Leave a Reply