Skip to main content

Kemaskini 1 Julai 2020: Square-Enix mengumumkan servis Mobius Final Fantasy kini ditamatkan secara rasmi.

https://twitter.com/mobiusFF_NE/status/1278012277363359745

Artikel Asal: Bagi anda yang bermain permua Mobius Final Fantasy yang dilancarkan di peranti iOS, Android dan juga PC beberapa tahun lepas, anda mungkin akan sedih dengan pengumuman Square-Enix hari ini di mana mereka mengumumkan mereka akan hentikan servis permainan tersebut menjelang Jun ini secara global.

Menurut Square-Enix, bagi pasaran Jepun ianya akan dihentikan pada Mac 2020 ini manakala versi global pula akan dihentikan pada 30 Jun 2020 ini setelah tamatnya kandungan Warrior Of Despair buat permua tersebut.

Square-Enix juga menyatakan bahawa mereka berterima kasih buat pemain yang bermain permua tersebut sepanjang tahun ianya dilancarkan dan sepanjang tahun ini sehingga Jun ini, mereka pasti akan mengemaskini permua tersebut dengan kandungan-kandungan akhir sebelum tamatnya penceritaan Warrior Of Despair.

Semestinya ini merupakan salah satu perkara yang agak menyedihkan, namun memandangkan permua ini telah pun dilancarkan hampir 4 tahun lepas, ianya pasti adalah satu kejayaan Square-Enix untuk terus mengemaskini permainan ini sepanjang tahun tersebut.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut sebelum ianya dihentikan secara rasmi, anda boleh melayari App Store atau Google Play Store untuk memuat-turunnya secara percuma. Manakala bagi versi PC ianya boleh dimainkan melalui Steam.

Leave a Reply