Hari ini, The Pokémon Company akhirnya melancarkan siri animasi pendek iaitu Pokémon: Twilight Wings secara rasmi melalui Youtube yang mana ianya boleh ditonton secara percuma.

Siri Pokémon: Twilight Wings merupakan siri animasi pendek sekitar 7 episod yang memfokuskan rantau Galar, iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield.

Pokémon: Twilight Wings memfokuskan watak seorang kanak-kanak bernama John yang mana beliau sakit dan perlu tinggal di hospital. Sejak menonton pertempuran Pokémon, beliau menjadi peminat pelatih dan juara Pokémon iaitu Leon dan berharap agar beliau berupaya untuk melihat Leon bertempur di stadium Pokémon.

Berdasarkan kenyataan The Pokémon Company, siri ini akan memfokuskan rantau Galar tersebut dengan lebih mendalam termasuklah sejarah watak-watak dan konflik yang mereka hadapi di dalam dunia tersebut.

Semestinya untuk mengetahui informasi lanjut dan pengembaraan beliau, anda boleh menonton animasi tersebut di atas. Buat masa ini hanya episod pertama sahaja dilancarkan dan episod lain akan dilancarkan pada masa akan datang mengikut bulanan.

Sohor Kini