Informasi Permainan Video Terkini
Darwin Project Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Konsol Dan PC
PC

Darwin Project Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

Seperti yang diacahkan oleh Scavengers Studio sebelum ini, permainan pertempuran royale seterusnya, Darwin Project kini akhirnya dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Darwin Project merupakan permainan pertempuran royale yang mana ia memfokuskan 10 pemain untuk bertempur di dalam arena dengan beberapa bentuk permainan dan elemen pertahan hidup.

Pemain bukan sahaja diberi cabaran untuk bertempur sesama sendiri, malah pemain juga perlu mengumumkan barangan dan kelengkapan untuk mengesan musuh dan menumpaskan mereka dengan pelbagai cara sama ada senjata jarak dekat ataupun jarak jauh.

Menariknya, permainan ini bukan hanya mempunyai bentuk permainan pertempuran tersebut, malah pemain ini dibangunkan khas sebagai satu arena yang pemain lain boleh menonton dan juga memainkan pelbagai peranan seperti “pengarah” permainan.

Sebelum ini, permainan ini dilancarkan sebagai permainan akses awal di Steam dan Xbox Game Preview yang mana menurut pembangun, ianya mengumpul hampir 4 juta pemain sepanjang sesi percubaan tersebut.

Dengan pelancaran secara rasmi ini, Scavengers Studio juga menyatakan bahawa barangan kosmetik kini tiba di kedai di dalam permainan tersebut secara rasmi.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, ianya boleh dimainkan secara percuma dan pautan untuk memuat-turunnya boleh dilihat di bawah. Namun dukacitanya buat pemain PlayStation 4, ianya masih belum tiba di pasaran Malaysia. Untuk informasi lanjut anda boleh ke laman rasmi permainan ini.

Muat-Turun PlayStation 4: Darwin Project

Muat-Turun Xbox One: Darwin Project

Muat-Turun Steam: Darwin Project


TIPS & ULASAN