Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Menyediakan Peta Baharu Yang Terkecil Menggantikan Peta Vikendi
PC

PUBG Menyediakan Peta Baharu Yang Terkecil Menggantikan Peta Vikendi

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

PUBG hari ini mengumumkan yang musim ke-6 untuk permainan pertempuran royale tersebut akan menyediakan satu peta baharu iaitu Karakin di mana ia akan menggantikan peta Vikendi.

Menariknya, peta ini adalah bersaiz 2×2 kilometer iaitu yang terkecil buat permainan ini. Peta terkecil sebelum ini adalah Sanhok iaitu 4×4 kilometer. Disebabkan saiz yang kecil, setiap pertempuran di peta ini hanya melibatkan 64 pemain sahaja.

Mereka menjangkakan yang peta ini akan menggalakkan permainan secara jarak jauh dengan menggunakan rifle, dan juga pertempuran dekat di bawah tanah. Peta ini juga akan berubah pada setiap sesi permainan berbeza.

Musim ke-6 untuk PUBG akan bermula tidak lama lagi, dan anda boleh menonton video acah untuknya yang kami sertakan di bawah. Untuk maklumat lanjut bagi penambahan musim ke-6 anda boleh rujuk laman rasmi PUBG.


TIPS & ULASAN