Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter World Telah Terjual Sebanyak 15 Juta Unit Dan Penambahan Iceborne 4 Juta Unit
PC

Monster Hunter World Telah Terjual Sebanyak 15 Juta Unit Dan Penambahan Iceborne 4 Juta Unit

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan yang Monster Hunter World telah terjual sebanyak 15 juta unit setakat 2 Januari 2020, ia merupakan jumlah tertinggi di dalam sejarah permainan mereka. Manakala penambahan tunggal untuknya, Iceborne telah terjual sebanyak 4 juta unit secara global.

Jumlah ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 2 juta unit untuk Monster Hunter World dan 1.5 juta unit untuk Iceborne berbanding laporan kami sebelum ini iaitu pada bulan September tahun lepas.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang jumlah jualan untuk keseluruhan permainan di dalam siri ini adalah sebanyak 61 juta unit setakat 15 Januari 2020.

Untuk mengekalkan keterujaan pemain bagi permain ini, Capcom telah menyediakan pelbagai perancangan seperti tarikan Monster hunter World: Icebornxe XR Walk di Universal Studios Japan dan juga filem berdasarkan siri ini yang akan tiba tidak lama lagi.

Monster Hunter: World dan Iceborne telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN