Subnautica Telah Terjual Sebanyak 5 Juta Unit

Pengasas studio Unknown Worlds iaitu studio yang membangunkan permainan ketahanan hidup Subnautica Charlie Cleveland mengatakan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 5 juta unit setakat ini.

Subnautica sebelum ini dikeluarkan secara akses awal pada tahun 2014 untuk PC dan Xbox One setahun kemudian. Ia dikeluarkan secara penuh untuk PC pada awal tahun 2018 dan untuk PlayStation 4 serta Xbox One pada akhir tahun 2018.

Tambah beliau lagi, jumlah ini tidak termasuk pemain yang mendapatkannya secara percuma (ia ditawarkan secara percuma melalui Epic Games Store pada tahun lepas).

Ini adalah satu jumlah yang sangat baik terutama untuk satu permainan indie. Tahniah kami ucapkan kepada Unknown Worlds.

Sohor Kini