Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Bloodshot Memperlihatkan Aksi Yang Ganas & Menggerunkan

Video Acah Baharu Bloodshot Memperlihatkan Aksi Yang Ganas & Menggerunkan

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

‘Bloodshot’ adalah antara komik adiwira yang laris. Tahun ini, filem aksi nyata akan ditayangkan dan watak Bloodshot akan dilakonkan oleh Von Diesel. Bloodshot adalah komik dari Valiant Comics dan mempunyai kuasa seakan Deadpool, yang mana seorang manusia dijadikan bahan eksperimen dan mempunyai kuasa boleh sembuh diri, lebih tangkas, sukar mati dan banyak lagi.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Februari 2020, iaitu bulan hadapan dan baru-baru ini video acah baharu telah pun diperlihatkan. Kali ini dalam video acah kedua, ia lebih memfokuskan aksi. Aksinya adalah ganas dan menggerunkan. Kita boleh lihat dengan jelas percikan darah, tangan yang pecah kembali bersatu, tembak menembak yang dahsyat dan juga pelbagai jenis letupan. Standard filem sekarang, elemen komedi seakan wajib disertakan dan dalam video acah ini di penghujungnya – ada dipertontonkan.

Kisah ringkas Bloodshot adalah mengenai Ray Garrison yang telah mati dan dijadikan mangsa eksperimen oleh satu organisasi. Dalam eksperimen ini, Ray telah dihidupkan kembali dan menjadi Bloodshot. Ini kerana, beliau telah disuntik degan pelbagai nanites dan mampu menyembuhkan diri sendiri melalui nanites yang diprogramkan terus dari dalam darah beliau.


TIPS & ULASAN