Bermula hari ini, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada RM100 ribu setahun boleh mendapatkan RM30 ringgit melalui tiga pilihan dompet digital iaitu Boost, Grab Pay dan juga Touch n Go.
[info]Bacaan Lanjut: Anda Boleh Tebus RM30 Percuma Ke Dompet Digital Anda Bermula Hari Ini[/info]Anda boleh menggunakan RM30 ringgit ini untuk apa-apa sahaja yang disokong oleh setiap dompet digital tersebut, namun anda juga boleh menggunakannya untuk mendapatkan kredit bagi Steam, PSN ataupun Nintendo eShop.
Berikut adalah 3 cara anda boleh lakukannya;
Melalui Dompet Digital
Cara pertama dan paling mudah adalah melalui dompet digital Boost secara terus. Menggunakan Boost anda boleh membeli kredit untuk Steam dan juga PSN. Untuk Steam anda boleh dapatkan RM20 dengan harga RM24, manakala PSN anda boleh dapatkan secara penuh RM30.
Terdapat juga kredit permainan lain seperti Asphalt 8, A-Cash, Garena Shells dan juga Razer Gold, anda boleh rujuk bahagian Game Credits di dalam aplikasi Boost melihat harga dan juga tawaran lain.
Manakala jika anda ingin melakukan transaksi melalui App Store untuk peranti iOS, ia juga menyokong pembayaran menggunakan Touch n’ Go.
Melalui Kedai Digital Pihak Ketiga

Jika anda tidak ingin menggunakan Boost ataupun ingin pilihan yang lebih banyak, anda juga boleh membeli kredit melalui kedai digital pihak ketiga yang menyokong pembayaran melalui dompet digital.
Contoh yang kami boleh sertakan adalah SEA GM yang menawarkan kredit Steam, PSN dan juga Nintendo eShop. Mereka juga menyokong kredit untuk benua-benua lain jika anda mempunyai akaun yang berlainan. SEA GM menyokong pembayaran menggunakan Boost dan juga Grab Pay (dengan surcaj).
Oleh kerana ia adalah kedai digital pihak ketiga, harga yang ditawarkan adalah lebih mahal berbanding pembelian secara terus.
Melalui Kedai Serbaneka

Cara terakhir adalah dengan membeli melalui kedai serbaneka yang menyokong pembayaran menggunakan dompet digital pilihan anda
Namun, pilihan yang disertakan adalah terhad, contohnya 7-Eleven, ia menawarkan PSN dan Play Store tetapi tidak untuk Steam, tambahan lagi Nintendo eShop. Oleh kerana ia adalah pembelian secara terus, harga yang ditawarkan adalah sama dengan nilai kredit yang anda inginkan.
Anda juga boleh mencari kedai permainan video yang menerima pembayaran menggunakan mana-mana dompet digital.
Cara yang kami sertakan di atas adalah beberapa cara sahaja, terdapat pelbagai cara lain lagi yang anda boleh lakukan untuk menggunakan duit yang “dibelanja” oleh kerajaan ini untuk membeli kredit permainan video.
Sudahkan anda mendapatkan e-tunai ini, dan adakah anda akan menggunakannya untuk berbelanja perkara yang berkait dengan permainan video?