Kita semakin menghampiri tarikh untuk permainan terbaru Doom iaitu Doom Eternal dikeluarkan. Seperti yang diumumkan oleh Bethesda sebelum ini, mereka akhirnya berkongsi satu video acah baharu untuk permainan menembak setan tersebut.
Anda boleh menonton video acah tersebut di atas, di dalamnya diperlihatkan anda sebagai Doom Slayer kembali ke bumi kerana setan telah bertapak untuk menjadikan penduduk bumi sebagai korban.
Dengan kembalinya ke bumi, ia adalah seperti penceritaan untuk permainan Doom asal di mana yang pertama berlaku di Planet Marikh manakala Doom II berlaku di bumi.
Video acah juga memperlihatkan sesuatu yang menjadi perkara utama untuk permainan ini iaitu pertempuran. Diperlihatkan beberapa penjahat yang sudah dikenali dan juga yang baru. Senjata juga diperlihatkan termasuk juga pedang merah.
Doom Eternal akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 20 Mac 2020. Manakala versi Switch akan tiba sekitar tahun ini.