Skip to main content

Epic Games minggu ini telah berkongsi prestasi untuk kedai dalam talian mereka iaitu Epic Games Store yang tahun lepas telah mendapat pelbagai perhatian terutama kerana usaha mereka untuk mendapatkan permainan secara eksklusif.

Melalui perkongsian tersebut, sejak dilancarkan pada akhir tahun 2018, ia telah menjana pendapatan sebanyak RM2.7 bilion, tetapi ia adalah termasuk jumlah yang diperoleh daripada permainan Fortnite, manakala jumlah pembelian untuk permainan pihak ketiga adalah RM 1 bilion.

Mengenai tawaran permainan percuma mingguan pula, Epic Games mengatakan sudah terdapat 73 permainan percuma yang diberikan yang ditebus sebanyak 200 juta kali. Epic Games juga mengesahkan yang tawaran ini akan diteruskan sepanjang tahun 2020.

Manakala untuk permainan popular yang kami rasakan membawa maksud permainan paling laris adalah World War Z, Satisfactory, Dauntless, Untitled Goose Game, The Outer Worlds, Borderlands 3, Metro Exodus, The Division 2 dan Control.

Ia adalah satu prestasi yang baik untuk kedai dalam talian yang baru bermula, bagaimana dengan anda? Adakah sudah mula menggunakan Epic Games Store untuk membeli permainan?

Leave a Reply