Informasi Permainan Video Terkini
Super Smash Bros. Ultimate Direct Akan Berlangsung Pada 16 Januari 2020

Super Smash Bros. Ultimate Direct Akan Berlangsung Pada 16 Januari 2020

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Semasa acara The Game Awards pada tahun lepas, antara rungutan utama pemain, terutama pemain Super Smash Bros. Ultimate adalah tiadanya pengumuman mengenai watak DLC seterusnya untuk permainan tersebut.

Namun, jika anda sebahagian pemain tersebut, tidak perlu gusar lagi kerana Nintendo akhirnya mengumumkan penstriman langsung untuk Super Smash Bros Ultimate Direct bersama dengan pengarah Masahiro Sakurai akan berlangsung pada 10 malam, 16 Januari 2020.

Penstriman selama 35 minit tersebut akan memperlihat dengan lebih lanjut mengenai watak DLC akan datang yang buat masa ini masih misteri. Jadi apa watak yang anda inginkan?


TIPS & ULASAN