Skip to main content

Kami baru sahaja melaporkan yang Square Enix telah menunda Marvel’s Avengers ke September 2020, dan kini satu lagi permainan oleh mereka iaitu Final Fantasy 7 Remake juga tertunda tetapi untuk masa yang singkat iaitu ke 10 April 2020 berbanding 3 Mac 2020 tarikh sebelum ini.

Alasan sama seperti Marvel’s Avengers, mereka juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan permainan ini di-tahap yang terbaik sebelum ia dikeluarkan kepada umum.

Dengan mengeluarkan pada bulan ini, ia akan bersaing dengan Resident Evil 3 dan Cyberpunk 2077 yang masing-masing akan dikeluarkan pada 3 April dan 16 April 2020 jika tidak ditunda. Final Fantasy 7 Remake akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 selama setahun

Leave a Reply