Antara permainan menarik yang dikeluarkan tahun ini adalah Marvel’s Avengers oleh Crystal Dynamics dan Square Enix. Ia bukan sahaja kerana watak yang digunakan akan tetapi pelbagai kandungan yang akan disertakan.
Hari ini, Crystal Dynamics telah mengumumkan yang permainan tersebut terpaksa ditunda ke 4 September 2020 berbanding tarikh sebelum ini iaitu 15 Mei 2020, boleh dikatakan ia adalah satu penundaan yang agak lama. Menurut mereka lagi, keputusan tersebut dibuat agar mereka dapat mengeluarkan permainan yang mempunyai kualiti yang terbaik.
Ini adalah satu berita yang agak mengecewakan, akan tetapi dengan pelbagai permainan menarik yang akan dikeluarkan pada awal tahun ini, ia mungkin ada hikmahnya. Ia juga akan mengelak daripada bersaing dengan The Last of Us 2.
Marvel’s Avengers akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, PC dan juga Stadia.