Jika sebelum ini Pegi menyenaraikan koleksi permainan Metro Redux untuk Switch, kini tampaknya konsol hibrid Nintendo tersebut akan menerima satu lagi permainan menembak iaitu BioShock.

https://twitter.com/Nibellion/status/1217061094839242752

Berdasarkan senarai yang dikongsi oleh Lootpots, kesemua permainan Bioshock telah disenaraikan untuk Switch di Games Rating Board Taiwan akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh yang diumumkan.

Dengan pelbagai permainan telah tertiris untuk Switch, boleh dikatakan yang Nintendo Direct akan hadir tidak lama untuk mengesahkan kesemua permainan-permainan ini.

Sohor Kini