Sebelum ini Nintendo telah hadir dengan satu laman untuk memberikan pemain peluang melihat laporan aktiviti bagi tahun 2019 untuk sesi permainan di Switch. PlayStation hadir dengan satu laman yang sama dan ia akan memperlihatkan rumusan aktiviti anda di PlayStation untuk tahun lepas.

Bagi mendapatkan laporan, anda hanya perlu melayari laman PlayStation Wrap-Up dan log masuk menggunakan akaun PlayStation anda. Selepas beberapa saat, laporan anda dikeluarkan.
Ia akan memperlihatkan pelbagai informasi, antaranya jumlah permainan berlainan yang dimainkan oleh anda, pemain yang paling lama dimainkan, genre paling popular, jumlah masa bermain dan juga jumlah trofi yang diperoleh.
Anda juga akan diberi satu tema berdasarkan genre yang paling banyak dimainkan oleh anda.
Apa lagi, semak laporan anda dan lihat betapa banyak jam dihabiskan untuk bermain permainan video.
[info]Semak di PlayStation Wrap-Up[/info]