Genshin Impact Diumumkan Akan Turut Tiba Untuk Switch

Pada Ogos tahun lepas, miHoYo Technology mengumumkan yang permainan RPG pengembaraan mereka Genshin Impact akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 bersama dengan PC dan juga peranti pintar iOS serta Android.

Kini, mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Sebagai satu permainan yang mengambil inspirasi daripada The Legends of Zelda: Breath of the Wild, ia sudah semestinya akan menjadi satu perbandingan yang menarik.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan tarikh permainan ini dikeluarkan akan tetapi ia menyasarkan sekitar tahun ini.

Sohor Kini