Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Black Widow Memperlihatkan Aksi Bertempur Dengan Taskmaster

Video Acah Baharu Black Widow Memperlihatkan Aksi Bertempur Dengan Taskmaster

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Bulan Disember tahun lepas, video acah filem Black Widows telah diperlihatkan. Ia adalah filem solo wanita kedua MCU selepas Captain Marvel. Ya, Black Widow sudah pun mati jika itu yang anda tanya. Tapi bagaimana filem ini boleh wujud? Filem ini adalah filem prekuel, yang mana latar masanya adalah antara Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War.

Video acah pertama memberitahu umum, ia akan mengisahkan asal-usul Natasha Romanoff/Black Widow. Ia juga memperlihatkan keluarga beliau, termasuk Red Guardian. Musuh dalam filem ini pula adalah Taskmaster, penjahat yang boleh meniru skil seseorang. Hari ini video acah baru telah diterbitkan dan ia lebih fokus kepada aksi-aksi setiap watak dalam filem Black Widow.

Kita boleh lihat sedikit aksi Taskmaster, aksi pertempuran Red Guardian dengan musuh, Black Widow yang sedang terjun dari langit menuju ke darat dan adik beliau yang turut beraksi yang dilihat mungkin mempunyai skil yang sama dengan Black Widow. Filem ini akan ditayangkan pada Mei 2020 akan datang, sama-sama kita nantikan kelak.


TIPS & ULASAN