Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Video Perlawanan Deku Dan Overhaul Di Dalam My Hero One’s Justice 2

Bandai Namco Berkongsi Video Perlawanan Deku Dan Overhaul Di Dalam My Hero One’s Justice 2

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Kita ada beberapa bulan lagi sebelum permainan perlawanan My Hero One’s Justice 2 oleh Bandai Namco ini akan dikeluarkan. Namun, minggu ini mereka berkongsi satu video untuk memperlihatkan dengan lebih lanjut bentuk perlawanan bagi permainan ini.

Ia memperlihatkan perlawanan di antara Izuku Midoriya atau Deku dan Kai Chisaki ataupun Overhaul. Deku diperlihatkan menggunakan kostum “Fullcowl 100%” dan Overhaul menggunakan versi ke-2. Video tersebut boleh ditonton di bawah.

Bandai Namco sebelum ini telah mengatkaan yang permainan kedua untuk siri ini akan menyertakan lebih ramai watak dengan skala permainan yang lebih besar.

My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan pada 13 Mac 202 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Jika anda berminat untuk melihat pelbagai edisi bagi permaina ini, anda boleh merejuk ke artikel kami mengenainya.


TIPS & ULASAN