Informasi Permainan Video Terkini
Might & Magic: Chess Royale Adalah Autobattler Pertama Menyertakan 100 Pemain Serentak

Might & Magic: Chess Royale Adalah Autobattler Pertama Menyertakan 100 Pemain Serentak

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Dengan populariti Auto Chess iaitu mod permainan tidak rasmi untuk Dota 2 (sebelum ia dijadikan sebagai permainan tersendiri), sudah ramai pembangun yang mengeluarkan versi mereka sendiri untuk permainan yang digelar sebagai “Autobattler” ini.

Valve hadir dengan Dota Underlords manakala Riot Games hadir dengan Teamfight Tactics dan Blizzard melalui Hearthstone juga menyertakan mod Battlegrounds. Kini, giliran Ubisoft pula mempekenalkan autobattler mereka sendiri iaitu Might & Magic: Chess Royale, yang seperti judulnya, akan berdasarkan dunia permainan Might & Magic.

Antara perkara yang menurut Ubisoft membezakan permainan ini dengan permainan lain adalah, ia adalah autobattler pertama yang mempunyai 100 pemain serentak. Kebiasaan autbattle hanya mempunyai kurang daripada 10 pemain dalam satu perlawanan.

Walaupun mempunyai 100 pemain, Ubisoft juga mengatakan satu perlawanan akan mengambil masa kurang daripada 10 minit, di mana pemain akan tewas atau menang dengan pantas.

Permainan ini sudah mula hadir secara akses awal untuk sesetengah pemain, di mana anda boleh melihat bentuk permainan melalui perkongsian di laman rasmi.

Ia akan tiba untuk PC dan juga peranti pintar iOS serta Android dan kini boleh di pra-daftar untuk mendapat notifikasi apabila ia hadir pada 30 Januari 2020 kelak.

App Store: Might & Magic: Chess Royale

Play Store: Might & Magic: Chess Royale


TIPS & ULASAN