Bethesda boleh dikatakan tidak mempunyai satu tahun yang baik pada tahun lepas, satu projek utama mereka iaitu Fallout 76 tidak mendapat sambutan seperti mana yang diharapkan, permainan-permainan lain juga tidak memberangsangkan.
Namun, satu IP yang sering membuatkan pemain teruja adalah Doom. Ia sebelum ini ditunda daripada dikeluarkan pada tahun lepas ke 20 Mac 2020. Jika anda tidak sabar untuk melihat secara lanjut mengenainya, Bethesda telah mengumumkan yang trailer baharu untuknya akan tiba pada 1.30 pagi esok.
Jika anda ingin menonton secara terus apabila ia dikeluarkan, anda boleh memasuki laman Twitch Bethesda, kami juga menjangkakan ia akan dimuat naik ke Youtube dalam masa terdekat.
Doom Eternal akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 20 Mac 2020. Manakala versi Switch akan tiba sekitar tahun ini.