Skip to main content

Minggu lepas, Netflix telah berkongsi satu infografik untuk membantu penonton siri The Witcher memahami dengan lebih lanjut mengenai penceritaan, oleh kerana ia mungkin sedikit mengelirukan.

Kini, mereka menyediakan satu laman rasmi untuk siri tersebut yang menyediakan satu peta interaktif, di mana anda boleh menatar untuk melihat kejadian-kejadian di dalam siri tersebut bersama dengan lokasi dan juga tahun ia berlaku.

Bahkan, untuk setiap kejadian tersebut juga akan diterangi secara lanjut yang sudah semestinya satu perkara yang sangat membantu jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai kisah di sebalik siri ini.

[info]Kunjungi laman rasmi The Witcher[/info]

Untuk ulasan kami buat siri ini, anda boleh menonton video di bawah.

Leave a Reply