Pada November 2018, Sony membuat kejutan apabila mengumumkan yang buat pertama kali untuk beberapa tahun mereka tidak akan menghadiri E3. Kami berpendapat yang, ia adalah kerana Sony tidak mempunyai sebarang pengumuman utama untuk dilakukan.
Namun kini, Sony sekali lagi dilaporkan tidak akan menghadiri E3 walaupun mereka mempunyai sesuatu untuk diumumkan iaitu PlayStation 5.
Menurut laporan oleh Jason Schreier, berbanding menghadiri E3, Sony akan melakukan acara tersendiri sepanjang tahun ini untuk mengumumkan konsol generasi baharu mereka tersebut.
Menurut Game Industry, Sony telah mengeluarkan kenyataan yang visi acara tersebut tidak memenuhi apa yang diinginkan oleh mereka. Sebagai menggantikan acara E3, Sony akan menghadiri beratus acara pengguna untuk memperlihatkan permainan PS4 dan juga PS5.
E3 2020 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun kelak, adakah ia akan menjadi satu ekspo yang suram?