Westworld Musim Ketiga Akan Disiarkan pada 15 Mac 2020

Westworld adalah siri TV dari HBO yang mengisahkan dunia yang dipenuhi robot-robot berteknologi tinggi. Setiap robot-robot ini kemudiannya mempunyai kesedaran sendiri dan mula memberontak. Westworld sudah pun disiarkan untuk dua musim dan musim ketiga pertama kali diperlihatkan pada bulan Mei tahun lepas. Tetapi, tiada tarikh lagi bila ia akan disiarkan.

Terkini, HBO telah berkongsi satu video pengumuman buat tarikh siaran Westworld musim ketiga. Ia akan disiarkan di saluran HBO atau penonton boleh strim di HBO Go pada 15 Mac 2020 kelak. Jika kita rujuk video acah lama, musim ketiga akan memfokuskan sepenuhnya di dunia realiti atau pun di dunia sebenar, luar dari dunia robot-robot tadi. Antara watak utamanya adalah Aaron Paul yang mana adalah watak baru yang tidak pernah ada sebelum ini dalam musim-musim sebelumnya.

Duka citanya, premis untuk musim ketiga ini masih tidak diketahui. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini