Ketua Xbox Games Studio, Matt Booty melalui temubual bersama dengan MCV UK, mengatakan mereka akan melancarkan Xbox Series X berlainan berbanding pelancaran konsol generasi baharu sebelum ini.

Menurutnya, untuk permainan parti pertama, akan turut boleh dimainkan oleh kesemua konsol mereka daripada generasi sekarang iaitu Xbox One S dan juga Xbox One X. Ia adalah sekurang-kurangnya untuk setahun dua lagi sebelum mereka mengeluarkan permainan secara eksklusif untuk Xbox Series X.

Beliau mengatakan yang Microsoft ingin memastikan pemain yang membeli Xbox One S atau Xbox One X daripada sekarang sehingga Xbox Series X dikeluarkan masih merasakan yang ia adalah pelaburan yang berbaloi dan Xbox akan teurs menyediakan kandungan baharu.

Ini merupakan satu perkara yang positif oleh Xbox, ia berbeza dengan Sony yang apabila konsol generasi baharu dikeluarkan, permainan parti pertama kebanyakan memfokuskan kepada konsol terbaru.

Sohor Kini