Skip to main content

Riot Games pada Oktober tahun lepas telah mengumumkan permainan kad digital mereka berdasarkan dunia League of Legends iaitu Legends of Runeterra. Permainan tersebut telah tiba secara beta tertutup, namun hari ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut bakal menerima beta terbuka pada 24 Januari 2020.

Namun, anda berpeluang untuk mencubanya sehari lebih awal dengan mendaftar minat sekarang melalui laman rasmi permainan tersebut. Pemain yang bermain versi beta ini akan menerima Moonstruck Poro Guardian apabila ia dikeluarkan secara rasmi kelak.

Legends of Runeterra akan dikeluarkan sekitar tahun ini untuk PC, dan juga peranti iOS serta Android.

Leave a Reply