Sepanjang 2019 kita telah menerima pelbagai permainan menarik, namun jika bercakap mengenai jumlah muat turun, ia tidak semestinya permainan yang dikeluarkan daripada tahun lepas sahaja yang tersenarai.
Minggu lepas, blog rasmi PlayStation Amerika Syarikat telah berkongsi senarai permainan yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun 2019 dan Call of Duty: Modern Warfare oleh Activision telah mendapat tempat pertama walaupun ia dikeluarkan pada pertengahan tahun lepas.
Manakala bagi permainan percuma untuk dimuat turun, Apex Legends mendahalui pencabar lain seperti Fortnite dan Dauntless. Permainan realiti maya pula didahalui oleh Beat Saber.
Berikut adalah senarai penuh;
Permainan PS4
Permainan Percuma Untuk Dimainkan
Permainan Realiti Maya
Permainan-permainan lama seperti The Witcher 3: Wild Hunt tampaknya masih popular di muat turun, begitu juga dengan Grand Theft Auto V, tetapi ia berkemungkinan kerana sering mendapat potongan harga.