Blog rasmi PlayStation Amerika Syarikat telah melakukan kaji selidik untuk memilih permainan terbaik untuk dekad lepas, iaitu permainan yang dikeluarkan daripada tahun 2009 sehinggalah tahun 2019.

Pengguna Metacritics sebelum ini telah memilih The Last of Us dan tampaknya begitu juga dengan pembaca blog rasmi PlayStation ini apabila permainan oleh Naughty Dogs tersebut telah menjadi pilihan “Platinum” untuk permainan terbaik dekad lalu.

Ia diikuti dengan God of War yang mendapat pilihan “Emas”, The Witcher 3: Wild Hunt mendapat pilihan “Perak” dan Grand Theft Auto V mendapat pilihan gangsa.

Berikut adalah senarai penuh;

  1. The Last of Us
  2. God of War
  3. The Witcher 3: Wild Hunt
  4. Grand Theft Auto V
  5. Red Dead Redemption 2
  6. The Elder Scrolls V: Skyrim
  7. Horizon Zero Dawn
  8. Bloodborne
  9. Uncharted 4: A Thief’s End
  10. Marvel’s Spider-Man
  11. Persona 5
  12. Dark Souls
  13. Call of Duty: Black Ops II
  14. NieR: Automata
  15. Death Stranding
  16. Red Dead Redemption
  17. Mass Effect 2
  18. Fortnite
  19. Batman: Arkham City
  20. Resident Evil 2

Jika mengikut pendapat peribadi, saya bersetuju dengan pilihan pembaca ini, bahkan sebelum ini saya sudah menulis mengenai permainan terbaik dan mengapa saya memilih The Last of Us.

Bagaimana dengan anda? Apakah permainan terbaik untuk dekad lepas bagi anda sendiri?

Sohor Kini