Semestinya salah satu berita yang mendapat perhatian ramai tahun lepas adalah pengumuman adiwira Marvel pertama dari Malaysia iaitu Sun Bird ataupun Burung Matahari yang mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan adiwira Warriors Of The Sky.
Tahun lepas ketika acara Level Up KL 2019, Marvel Games juga mengumumkan Sky Kyrin iaitu satu raksasa hasil gandingan bahu bersama empat-empat adiwira tersebut.
Terkini, keempat-empat adiwira tersebut akhirnya tiba secara rasmi buat permua Marvel Future Fight di mana Netmarble juga menyertakan bersama pelbagai lagi kemaskini lain.
Melalui kemaskini baharu ini, Netmarble juga mengumumkan pelbagai jenis kostum bakal tiba buat pelbagai adiwira lain seperti kostum Captain America 3099, Iron Man 3099, Captain America berdasarkan watak Sharon Rogers dan sebagainya.
Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan pelbagai lagi kandungan tambahan seperti kandungan penceritaan, pernaik-tarafan Cresent kepada peringkat ke-3 dan pelbagai lagi. Menariknya, kemaskini ini juga menyertakan sistem “Potential Awaken, iaitu keupayaan untuk pemain tingkatkan lagi kemahiran watak-watak adiwira dengan pelbagai kemahiran baharu.
Marvel Future Fight telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas yang mana ianya adalah permua percuma di iOS dan Android di mana ia menyertakan lebih dari 200 adiwira Marvel dan menyertakan bentuk permainan beraksi. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya.
[download] Muat-turun Android: Marvel Future Fight [/download] [download] Muat-turun iOS: Marvel Future Fight [/download]