Kita sudah hampir untuk memasuki minggu kedua untuk bulan Januari, akan tetapi ia tidak menghalang untuk Nintendo eShop menganjurkan jualan promosi bersempena tahun baharu. Ia bermula hari ini dan akan berakhir pada 3 pagi 17 Januari 2020/
Walaupun ada pelbagai permainan menarik, akan tetapi agak kecewa kerana ada beberapa sahaja permainan parti pertama yang ditawarkan lebih murah. Permainan seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan Super Smash Bros. Ultimate tidak menerima sebarang potongan harga.
Terdapat hampir 900 permainan yang ditawarkan harga promosi dan berikut adalah antara yang menarik;
- Mario and Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 – $33.99 (RM138.60)
- The Witcher 3: Wild Hunt – Complete Edition – $41.99 (RM171.22)
- NBA 2K20 – $29.99 (RM122.29)
- Stardew Valley – $9.99 (RM40.74)
- Mario Kart 8 Deluxe – $41.99 (RM171.22)
- Splatoon 2 – $41.99 (RM171.22)
- Mario + Rabbid Kingdom Battle – $14.99 (RM61.12)
- Mortal Kombat 11 – $23.99 (RM97.82)
- Gris – $8.49 (RM34.62)
- Mega Man 11 – $14.99 (RM61.12)
Bagi anda yang sedang mencari permainan untuk Switch, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan permainan dengan lebih murah.
[info]Nintendo eShop: Jualan Promosi Tahun Baharu[/info]