Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan DJ MAX Respect V dilancarkan secara rasmi di Steam sebagai permainan akses awal dan pada penghujung video acah tersebut mereka mengacahkan bahawa lagu Pop Stars oleh K/DA yang terkenal melalui permainan League Of Legends akan tiba buat permainan tersebut.

Terkini, lagu tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai DLC percuma bersama dengan satu lagi lagu buat siri League Of Legends iaitu Get Jinxed.

Menariknya, pelancaran DLC percuma ini juga bukan sekadar menyertakan kedua-dua lagu tersebut, malah Neowiz juga umum rekaan paparan antara muka permainan bertemakan kedua-dua lagu tersebut juga tiba secara bersama.

Menurut Neowiz, mereka juga akan menyertakan pelbagai lagi kandungan buat permainna tersebut pada masa akan datang termasuklah mod permainan baharu sepanjang pelancaran akses awal dan pelancaran secara rasmi kelak.

DJ MAX Respect V telah pun dilancarkan di PC melalui Steam yang mana anda boleh dapatkannya dengan harga RM186. Permainan ini sebelum ini juga telah pun dilancarkan di PlayStation 4 melalui DJ MAX Respect.

Sohor Kini