Informasi Permainan Video Terkini
Black Mask Bertopeng Diperlihatkan Dalam Video Acah Baharu Birds of Prey

Black Mask Bertopeng Diperlihatkan Dalam Video Acah Baharu Birds of Prey

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Birds of Prey (And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) adalah filem DCEU baharu yang akan memfokuskan watak Harley Quinn Sepenuhnya. Filem ini akan mengisahkan Harley Quinn yang sudah putus cinta dengan Joker, atau Mr. J (gelaran yang diberi oleh Harley). Harley akan berganding bahu bersama-sama dengan Black Canary (Jurnee Smollett-Bell), Cassandra Cain (Ella Jay Basco), Huntress (Mary Elizabeth Winstead) dan bekas detektif GCPD Renee Montoya (Rosie Perez).

Penjahat utama dalam filem ini adalah Roman Sionis, atau Black Mask. Beliau adakah ketua penjahat Gotham yang boleh dikatakan ada masalah mental. Ewan McGregor akan membawakan watak beliau dan dalam video acah baharu, watak beliau dengan topeng yang mempunyai rekaan mirip dari komik diperlihatkan buat pertama kali dengan jelas. Dalam komik, beliau mempunyai identiti yang berbeza apabila memakai topeng dan membukanya. Ada juga dalam komik mengatakan beliau ada trauma, jadi beliau menjadi kejam bersama-sama dengan mangsa.

Dalam filem ini, setiap gadis-gadis dalam pasukan Birds of Prey bersama-sama dengan Harley Quinn pernah membuat masalah dengan Black Mask. Oleh yang demikian, Black Mask ingin membalas dendam. Dengan video acah baharu ini, ia memperlihatkan yang filem ini mungkin akan menjadi menarik. Kita akan lihat wanita gila (Harley) berlawan dengan jejaka bermasalah (Black Mask). Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 6 Februari 2020.


TIPS & ULASAN