Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Permainan Headsnatchers Secara Percuma Di Humble Store – Permainan Multi-Pemain Memotong Kepala

Dapatkan Permainan Headsnatchers Secara Percuma Di Humble Store – Permainan Multi-Pemain Memotong Kepala

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Jika anda sedang mencari permainan parti yang ingin dimainkan bersama rakan, Humble ada menawarkan permainan Headsnatchers secara percuma buat sementara waktu.

Ia adalah permainan pertempuran sehingga 4 pemain secara setempat ataupun dalam talian di mana pemain perlu memotong kepala pemain lain. Ia dibangunkan oleh IguanaBee dan diterbitkan oleh Iceberg Publisher.

Anda boleh mendapatkan permainan ini dengan melanggan newsletter Humble. Tawaran ini adalah sehingga 13 Januari 2020, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya.

Humble: Headsnatchers


TIPS & ULASAN